Monday, February 24, 2014

CEK MEK MOLEK



Mungkin ada yang tak pernah dengar, tengok atau rasa kuih cek mek molek. Kuih ni sangat popular di negeri pantai timur terutama kat Kelate . Ia diperbuat drpd ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah/ memancut.



Selain amat popular di negeri Kelantan ianya juga terkenal di Terengganu kuih ini juga telah dipopularkan oleh Datuk M.Daud Kilau apabila beliau menjadikan "Cek Mek Molek" sebagai judul lagunya.Lagu ini menjadi salah satu lagu yang telah menaikkan nama beliau sebagai penghibur tanah air.

Kuih Cek mek molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah atau memancut.Kuih ini sesuai dimakan pada waktu pagi mahupun petang.



ENAK DIMAKAN

Friday, February 14, 2014

BUDU




Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.



Pati ikan bilis
budu hitam

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sepertiaterosklerosiskoroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin)vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasinvitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin Cvitamin E dan karotenoidisoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Selamat petang



KUIH TAHI ITIK


Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan . Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.


kuih tahi itik



Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.






Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.







Nama kuih tahi itik mungkin berdasarkan rupanya yang bewarna keputih-putihan dan bertempek-tempak, yang menyerupai tahi itik. Selain itu mungkin juga kerana ia dihasilkan dari sisa penghasilan kuih lain, menyebabkan ia disamakan dengan sisa / tahi.





Kuih tahi itik kurang popular di negeri lain di Malaysia, kemungkinannya disebabkan oleh rasanya yang amat manis dan bergula itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Selain itu rasanya yang manis itu menyebabkan seseorang yang memakannya merasa melekit pada tekak atau digelar lekat ditekak. Kuih tahi itik biasanya dihidangkan secara atas darat atau kering tanpa kuah atau air gula, kecuali yang melekat pada kuihnya.


hyeee

LOMPAT TIKAM



Assalamualaikum dan selamat petang.


Lompat si katak lompat'
Lompat atas talam.
Cepatlah emak cepat,
Cepat masak lompat tikam.


LOMPAT TIKAM DALAM GELAS
          


Hehe ceria-ceria di waktu petang :).Satu lagi menu kuih tradisi orang pantai timur.Jangan tanya kenapa nama kuih ini sangat ganas kerana Cm tak tahu.Cara buat kuih ni tak ada ganas mana nya.Cukup untuk keluarkan peluh semasa mengacau bahagian kuih yang hijau tu :).Sungguh kreatif orang dulu-dulu memberi nama kuih muih mereka.Tetapi inilah kuih yang paling ganas hehe..Melompat dan menikam ...



Nama lain bagi panggilan kuih bagi orang Kelantan adalah Tepung.Jika ada orang cakap yang dia terasa nak makan Tepung,jangan ketawa ya.Maksudnya nak makan kuih bukannya makan tepung gandum.hikhik...



Thursday, February 13, 2014

Assalamualaikum....


NASI KERABU

    Nasi Kerabu Kelantan adalah antara makanan yang unik di Malaysia. Ia tidak sama lansung dengan nasi goreng kerabu ataupun memakan nasi putih bersama sebarang kerabu (e.g: kerabu mangga, kerabu jantung, kerabu perut dll). Nasi Kerabu Kelantan terbahagi kepada dua jenis, pertama nasi kerabu tumis dan kedua nasi kerabu ulam.


NASI KERABU TUMIS

   

Nasi Kerabu Tumis dimakan bersama dengan kuah tumis seakan-akan tumis percik, manakala nasi kerabu ulam samada berwarna kuning ataupun berwarna biru. Bagi nasi kerabu ulam biru, warna biru ini didapati daripada Bunga Telang Biru, Blue Pea atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea. Bagi yang tidak mengetahui, ramai memanggilnya sebagai bunga nasi kerabu. Bunga ini banyak ditanam oleh kaum cina kerana mereka membuat kueh dengannya iaitu pulut tai tai yang khusus semasa hari perkahwinan.


Antara lauk yang biasa menemani nasi kerabu ialah ikan celup tepung, telur masin, daging bakar, ayam goreng biasa atau berempah. Antara ulam yang terdapat bersamanya ialah daun kesom, kacang panjang@kacang botol, mentimun, daun serai dan bunga kantan.
Suka diingatkan bahawa, menjadi kewajipan dalam hidangan nasi Kerabu Ulam ialah BUDU yang sememangnya menjadi trademark kepada Kelantan. Bagi yang tidak tegal dengannya, anda bolehlah minta digantikan dengan sambal belacan atau sambal garam.



NASI KERABU IKAN



Nasi Kerabu ini merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu kelantan. Namun hari ini kita dapat   menikmati makanan ini diseluruh negara dengan bertebarannya anak-anak Kelantan yang berniaga makanan diluar tanah Cik Siti Wan Kembang.



NASI KERABU ULAM
NASI KERABU AYAM










Sunday, February 9, 2014

MAKANAN KELANTAN

Assalamualaikum..
Pembuka bicara saya nur athirah amran ingin membawa anda semua untuk mengenali makanan-makanan dari negeri ''cik siti wan kembang'' iaitu Negeri Kelantan.
Mungkin anda semua tidak mengetahui makanan-makanan yang istimewa yang terkenal di negeri ini. Oleh itu, jom follow saya untuk anda mengetahui lebih lanjut.


                                            JOM MENCUBA MAKANAN KELANTAN




       ( Gambar di atas salah sebuah Restoran Terkenal yang terdapat di Kelantan )